Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Mohamad Harun, 61, sedang membaiki rumahnya bersama salah seorang anaknya yang berusia 22 tahun.

Menceritakan kembali pengalaman itu, Mohamad berkata, dia terasa pinggangnya dijilat haiwan berbulu lebat dari arah belakang sewaktu sedang tekun bertukang membaiki rumahnya.

"Pada mulanya ingatkan kucing tetapi apabila menoleh, saya terperanjat apabila mendapati haiwan itu rupa-rupanya seekor harimau.

"Tanpa berfikir panjang, saya dan anak lelaki segera berlari menyembunyikan diri ke dalam rumah," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan pasangan harimau berkenaan yang tersesat dari kawasan hutan berhampiran itu kemudiannya turut mengejar beberapa penduduk kampung lain sedang menunggang motosikal sebelum penemuannya dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu. - K! ONLINE