Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai ancaman bom itu pada pukul 11 pagi oleh seorang individu yang tidak dikenali.

"Sejurus menerima panggilan telefon itu, polis telah menghubungi pihak pengurusan mahkamah bagi memaklumkan perkara tersebut yang kemudian semua kakitangan mahkamah diarahkan mengosongkan bangunan serta-merta bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan," katanya ketika ditemui.

Ujar beliau, pemeriksaan mungkin akan mengambil masa dan setakat ini bantuan dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) diarah menjalankan pemeriksaan.

Sementara itu seorang kakitangan mahkamah memberitahu bahawa proses memastikan keadaan mahkamah selamat mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga jam. - K! ONLINE