Lafaz cerai itu dibuat, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, selaku defendan terhadap Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, sebagai plaintif di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Mushid pukul 3.45 petang tadi. 

Selepas mendengar lafaz cerai itu, Izzat Syazli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Bella menjalani tempoh edah selama tiga bulan termasuk Aliff perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan. 

Mahkamah juga memerintahkan Aliff perlu membayar nafkah anaknya bernama Ayden berusia dua tahun sebanyak RM1,000 sebulan selepas Aliff bersetuju untuk membayar nafkah itu. 

Permohonan cerai tersebut dibuat Bella  mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 21 Mac lalu. - K! ONLINE