Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap mereka yang berusia antara 15 hingga 17 tahun dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Hairol Jemain dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Nor Rasyidah M. Nadzri ketika ditemui pemberita berkata, seorang tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan manakala dua tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan dan tujuh lagi berdepan satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah kosong dan beberapa lokasi lain di sekitar Kamunting kira-kira pukul 9.30 pagi hingga 3.30 petang pada 18 hingga 25 September yang lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M.Kathan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan. - Foto SYEFRY MONIZ 

Majistret Mohd. Hairol membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,500 untuk tujuh tertuduh yang berdepan dengan satu pertuduhan, RM4,000 kepada dua remaja yang menghadapi dua pertuduhan dan RM6,000 untuk seorang tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan jaminan bersyarat terhadap kesemua tertuduh agar tidak mendekati dan mengganggu mangsa sepanjang tempoh prosiding berlangsung sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 November depan bagi tujuan lantikan peguam dan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Akhbar Kosmo! Selasa minggu lalu melaporkan, sembilan remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam tiga kejadian berasingan di Kamunting dan Aulong.

Kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di sekitar Kamunting dan Taiping antara pukul 9 hingga 11.30 malam.

Empat daripada suspek masih bersekolah manakala bakinya sudah berhenti sekolah.

Tangkapan terhadap kesemua suspek dijalankan selaps laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Kamunting pada 26 September lalu.

Hasil ujian klinikal mengesahkan mangsa mengalami kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa. - K! ONLINE