Liow yang juga Presiden MCA berkata, perkara yang menjadi permintaan masyarakat setempat itu telah dipanjangkan untuk pengetahuan dan tindakan lanjut kerajaan.

"Dalam sesi pertemuan bersama rakyat, saya sering diajukan dengan permintaan agar sebuah UTC diwujudkan di Bentong untuk kemudahan bersama.

"Untuk itu, saya telah membuat permohonan kepada pihak berkenaan dan telah menerima maklum balas positif mengenainya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fiesta NBOS Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan di sini hari ini.

UTC yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan inisiatif kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau satu bangunan. - Bernama