Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, usul itu akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, sebagai usaha dan reformasi dalam membanteras rasuah dalam negara.

Katanya, usaha kerajaan Pakatan Harapan menangani rasuah dengan menggalakkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan serta harta, tidak mendapat kerjasama daripada pembangkang. 

"Kerajaan telah tunggu setahun, tapi masih belum ada pembangkang sama ada UMNO, MCA, MIC atau PAS, yang mengisytiharkan harta dan aset mereka. 

"Jika PM (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dah isytihar, mengapa ahli Parlimen lain tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Biasa Wanita DAP Perak di sini, hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching selaku Timbalan Ketua Wanita DAP Kebangsaan. - Bernama