Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim Rozina Ayob di Mahkamah Sesyen di sini.

“Pihak pendakwaan telah memfailkan notis usul pada 18 Jun lalu berkaitan permohonan untuk memindahkan kes ini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Dalam pada itu Allan Suman turut memaklumkan pihaknya akan membuat permohonan supaya kes Bung Moktar atau nama sebenarnya Moktar Radin dan Zizie Izette dibicarakan bersama namun permohonan itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi.

Bung Mokhtar (dua dari kiri) dan Zizie Izette (kiri) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur har
Bung Mokhtar (dua dari kiri) dan Zizie Izette (kiri) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AZLAN HADI ABU BAKAR

 

Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Bung Moktar, 60, dan Zizie Izette ,41, tidak membantah permohonan pihak pendakwaan teraebut.

Terdahulu, Allan Suman turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan semua dokumen berkaitan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pasukan pembelaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Ogos ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui status permohonan pihak pendakwaan.

Sementara itu, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyudin Mohmad Som menetapkan 9 Ogos ini untuk pendengaran permohonan pendakwaan bagi memindahkan kes rasuah Bung Moktar dan isterinya ke Mahkamah Tinggi.

Pada 3 Mei lalu, Bung Moktar dan Zizie Izette masing-masing mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah dan bersubahat membabitkan pelaburan Felcra bernilai RM2.8 juta empat tahun lalu.

Bung Mokhtar, 60, dan  Zizie Izette 41, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob dan Azura Alwi. - K! ONLINE