Beliau berkata, unit tahfiz itu akan diuruskan pengusaha sebuah Maahad Tahfiz di Perak.

"Selepas berita berhubung hasrat saya mahu menjual unit tahfiz berkenaan menjadi viral, ramai pihak tampil mahu menghulurkan sumbangan.

"Oleh sebab itu, pada 1 September ini ia akan diuruskan oleh pengurusan baharu," katanya ketika ditemui selepas menjadi ahli panel di Wacana Sinar ‘Malaysia Baru-Kemana Haluan Sekolah Tahfiz’ di sini hari ini.

Pada Julai lalu, Mohd. Kazim Elias yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengesahkan akan menjual unit tahfiz berkenaan di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya di Manjoi kerana berikutan masalah kewangan. - K! ONLINE