Majlis penyerahan Unit Tahfiz itu diadakan di Dewan Annuar Mat Taib, Manjoi di sini disaksikan 100 pelajar tahfiz selain hampir 500 pelajar Pengajian Pondok Al Barakah.

Mohd. Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim berkata, Pusat Pendidikan Al Barakah akan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menguruskan Unit Tahfiz itu kepada Pusat Pengajian Al-Ulya tanpa sebarang campur tangan.

“Saya mengumumkan Unit Tahfiz Al-Quran yang telah beroperasi selama 10 tahun ini diserahkan kepada Pusat Pengajian Al-Ulya tanpa sebarang caj dan kontrak.

“Pusat Pengajian Al-Ulya boleh menggunakan semua bangunan, kemudahan dan peralatan yang terdapat di Unit Tahfiz itu tanpa sebarang bayaran bagi tempoh tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Unit Tahfiz Al-Quran Pusat Pendidikan Al Barakah kepada Pusat Pengajian Al-Ulya di sini hari ini.

Menurut Ustaz Kazim, beliau akan menumpukan sepenuhnya kepada Pusat Pengajian Pondok seperti mana penubuhan asal Pusat Pendidikan Al Barakah pada tahun 2006. - K! ONLINE