Suspek berusia 40 tahun ditahan di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, tangkapan ke atas guru terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima enam laporan polis yang dibuat daripada mangsa termasuk saksi dan waris pelajar.

"Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes cabul yang dikatakan berlaku sejak tahun lalu semasa sesi pembelajaran di sekolah berkenaan.

"Mangsa yang tampil membuat laporan terdiri murid-murid lelaki Tahun empat, lima dan enam sekolah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - K! ONLINE