Temasya sukan yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu merupakan acara tahunan bagi kakitangan universiti awam seluruh Malaysia yang mempertandingkan 17 acara sukan yang berlangsung bermula hari ini sehingga 18 Ogos depan.

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malek berkata, SUKUM merupakan platform bagi menyatukan semangat perpaduan antara warga staf universiti.

"SUKUM merupakan penghubung bagi memartabatkan sukan seiring pendidikan di negara ini menerusi penglibatan para pegawai dan atlet dalam kontigen masing-masing.

"Selain bersaing secara sihat dalam lapangan sukan, atlet dari semua kontigen juga diharap dapat menghayati semangat kesukanan dan pada masa sama memanfaatkan SUKUM sebagai medan perhubungan profesional secara santai," katanya menerusi teks ucapan perasmian SUKUM ke-43 yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Kamel Mohamad.

Turut hadir Pengerusi Lemabaga Pengarah UMP, Datuk Seri Ibrahim Ahmad dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim. - K! ONLINE