Kejadian berlaku pukul kira-kira pukul 7.10 pagi ketika ayam-ayam tersebut hendak ditimbang sebelum proses penyembelihan. 

Pengurus kedai itu, Rahim Ahmadm 47, berkata, ketika ditemui didapati ular seberat 15 kilogram telah membunuh tiga ekor ayam di dalam sangkar terbabit namun belum sempat membaham ayam berkenaan.

"Saya pun pelik bagaimana ular terbabit boleh masuk ke dalam sangkar ayam tersebut dengan ia merupakan kejadian pertama seumpamanya. 

"Bagaimanapun, saya mempercayai ular tersebut merupakan reptilia yang telah mematuk salah seorang pekerja saya beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Rahim Saibon memberitahu seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.12 pagi. 

Jelas beliau, pihaknya mengambil masa selama lima minit bagi menangkap ular sawa tersebut menggunakan peralatan khas. 

"Ular sawa itu kemudiannya dilepaskan semula ke habitat semula jadinya di kawasan yang selamat dan jauh dari penempatan manusia," katanya. -K! ONLINE