Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, pihak universiti akur dengan segala keputusan yang dimuktamadkan oleh kerajaan selepas isu pelantikan itu dikaji semula.

"Itu hak kerajaan dan kementerian...bukan hak kita (universiti), terpulang kepada mereka untuk mengkaji semua (pelantikan Maszlee) kerana sudah tentu mereka ada asas-asas yang tertentu.

"Kita (universiti) tidak kira siapa yang datang (dilantik sebagai presiden), kami berpegang teguh kepada janji untuk menjadikan universiti sebagai institusi bebas daripada campur tangan politik.

"Orang yang datang (presiden yang dilantik) mestilah deliver it dan tidak menafikan semua itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Perubatan Melayu 2018 (ICOMMM 2018)) di Muzium Kesenian Islam Malaysia, hari ini.

Pada Rabu lepas, Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas. - Bernama