Kemenangan tempat pertama dimenangi oleh TVKosmo! menerusi video laporan khas bertajuk Merindu Merapoh, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Merindu Merapoh dihasilkan oleh tiga wartawan Kosmo! dan dua jurugambar iaitu Mohd. Hafizi Ahmad, Ameen Azizul Aziz, Muhammad Haikal Abdul Rahman, Djohan Shahrin Shah Sabli dan Mohd. Riduan Rizal Ahmad.

Sementara itu, video kedua bertajuk Mengembalikan Sinar Silam pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, trofi dan sijil penghargaan.

Ia dihasilkan oleh tiga wartawan Kosmo! dan dua jurugambar, iaitu Sahlizah Mohamed, Nurul Faiqah Abd. Rahman, Amirul Amsyar Wan Ahmad Jailani, Djohan Shahrin Shah Sabli dan Mohd. Riduan Rizal Ahmad.

Acara yang diadakan di Hotel Shangri La itu turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Malam Wartawan Malaysia 2018, Datuk Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin. - K! ONLINE