Pesawat yang membawa pemimpin ulung dari Malaysia itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi, dekat sini kira-kira pukul 7.50 malam waktu tempatan (pukul 10.50 malam waktu Malaysia).

Ketibaan Mahathir disambut oleh Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

Turut hadir menyambut Mahathir ialah Menteri Perancangan, Pembangunan dan Pembaharuan Pakistan Makhdoom Khusro Bakhtiyar, Ketua Setiausaha Negar,a Datuk Seri Ismail Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Antara acara kemuncak lawatan ialah Mahathir akan dikurniakan anugerah "Nishan-e-Pakistan" atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu yang akan disampaikan oleh Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi pada Jumaat. - Bernama