Kenderaan rasmi membawa Dr. Mahathir tiba di pekarang istana kira-kira pukul 4 petang.

Pertemuan itu adalah yang pertama antara Sultan Johor dan Dr. Mahathir sejak beliau dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Endie Shazlie Akhbar dilaporkan berkata, pertemuan tertutup bersama Sultan Ibrahim itu ditunda sejak kira-kira dua minggu lalu.

Beliau juga menafikan pertemuan itu mempunyai kaitan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu oleh Majlis Raja-Raja, 24 Januari ini. - K! ONLINE.