Dalam satu klip video berdurasi satu minit 40 saat yang dimuat naik ke YouTube bersempena sambutan Hari Pahlawan hari ini, Perdana Menteri berkata sambutan Hari Pahlawan diraikan bagi memperingati peranan mereka kepada negara.

"Tanpa mereka, sudah tentu kita akan dibanjiri oleh ramai orang asing yang masuk dalam negara secara haram dan kita akan menghadapi banyak masalah.

"Selain daripada itu, kadang-kadang ada kegiatan ganas oleh pihak tertentu, kita jangan lupa bahawa pahlawan kitalah yang menyelamatkan kita daripada percubaan oleh kumpulan pengganas dahulu untuk merebut kuasa di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, sambutan itu juga bagi menyemai rasa terhutang budi rakyat Malaysia terhadap pengorbanan pahlawan demi mempertahankan negara. - Bernama