Perdana Menteri Malaysia itu mengambil maklum mengenai kemajuan besar yang telah dibuat oleh Zhejiang Geely Holding Group dari segi mengeluarkan kereta berkualiti walaupun memasuki perniagaan kereta lebih lewat berbanding Proton.

"Semasa Proton diperkenalkan, Geely belum wujud. Kita menghantar enam kereta Proton ke sini (China) dan kita sangat bangga atas pencapaian itu.

"Namun, seperti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita. Dan saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely," katanya selepas menyaskikan perjanjian antara Proton dan Geely, di ibu pejabat Geely di sini hari ini.

Mahathir kini dalam lawatan rasmi lima hari ke China yang turut membawanya ke Beijing. - Bernama