Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba di Istana Presiden itu pada pukul 10.10 pagi dan disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana Joko Widodo.

Dr. Mahathir kemudian memeriksa kawalan kehormat Pasukan Pengamanan Presiden Indonesia.

Perdana Menteri tiba Jakarta semalam untuk memulakan lawatan rasmi itu, yang menunjukkan jalinan hubungan kukuh antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lepas.

Indonesia merupakan negara pertama Asia Tenggara yang dilawati Dr. Mahathir selepas beliau menyandang jawatan Perdana Menteri susulan kemenangan menakjubkan Pakatan Harapan, yang diterajuinya, pada pilihan raya umum Mei lepas. - Bernama