Perdana Menteri Malaysia yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Austria sejak Ahad, dijangka mencadangkan tabung itu diberi nama Tabung Pejuang Anti-Rasuah.

Beliau akan bercakap mengenai tema '15 Tahun Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Rasuah, Pencapaian dan Prospek' di Vienna International Centre (VIC) di sini.
Perdana Menteri juga dijangka menggesa IAACA memainkan peranan lebih luas dan universal, sebagaimana Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) dan Interpol.

Persidangan tiga hari itu menghimpunkan tokoh-tokoh politik, termasuk ketua-ketua kerajaan dan agensi anti-rasuah untuk bertukar-tukar pandangan tentang usaha memajukan langkah bagi menyekat dan membendung rasuah, menyokong kerjasama dan bantuan teknikal antarabangsa di samping menggalakkan  integriti, akauntabiliti dan pengurusan cekap hal ehwal awam. - Bernama