Senarai 100 Most Influential People itu dikeluarkan setiap tahun oleh majalah TIME sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Mahathir turut tersenarai bersama individu ternama dalam bidang politik lain seperti Presiden Donald Trump, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan bekas wanita pertama AS, Michelle Obama.

Turut tersenarai ialah ikon dalam bidang muzik seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Taylor Swift dan kumpulan K-Pop, BTS.

Sementara itu, ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool tersohor, Mohamed Salah dan pemain tenis Naomi Osaka turut tersenarai. - K! ONLINE