Beliau mengulas mengenai laporan portal Sarawak Report semalam yang memetik sebuah stesen radio Hong Kong mendakwa pihak berkuasa China telah menahan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu.

Menurutnya, beliau tidak dapat mengesahkan lagi mengenai penangkapan ahli perniagaan itu.

“Saya tidak tahu (penangkapan Jho Low), terima kasih kerana memberi maklumat.

“Saya harap dia ditangkap dan akan dibawa balik ke Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini sebentar tadi.

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu dikehendaki pihak polis berikutan dikaitkan dengan skandal berbilion ringgit melibatkan dana 1MDB.

Sebelum ini, polis menjejaki Jho Low di Hong Kong sebelum dia dipercayai melarikan diri ke Macau. - K! ONLINE