Mahathir yang telah berucap pada majlis Kesatuan Oxford pada Januari tahun ini akan menyampaikan ceramah di Kesatuan Cambridge  yang bertajuk "Demokrasi di Malaysia dan Asia Tenggara" di  Universiti Cambridge pada petang ini.

"Ia akan menjadi hari bersejarah, Tun akan bercakap di Kesatuan Cambridge mewakili kepimpinan Malaysia dan ASEAN. Tiada yang  dapat menghalang Tun Dr Mahathir daripada menyuarakan buah fikirannya dan beliau masih dijemput untuk bercakap di Kesatuan Cambridge, "katanya.

Anggota kedua-dua kesatuan itu daripada universiti yang terkenal dan terhormat - Oxford dan Cambridge sering menganjurkan majlis perdebatan.

Syed Sadiq berkata demikian kepada media Malaysia yang menunggu ketibaan Mahathir di Muzium British untuk melawat Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di muzium itu di Bloomsbury, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertemuan antara Majlis UK dan Eire (Ireland) (UKEC) untuk wakil pelajar Malaysia pada Sabtu, Syed Sadiq memuji para pelajar berkenaan atas  keberanian mereka dalam mengemukakan  isu yang mempengaruhi mereka dan Malausia kepada perdana menteri.

Syed Sadiq yang hadir dalam mesyuarat tertutup itu berkata wakil UKEC menyuarakan keprihatinan mereka terhadap gaji yang tidak menentu, peluang pekerjaan yang terhad dan jurang pemisahan yang luas antara kumpulan T20 dan B40 dalam komuniti Bumiputera.

Syafiq Akmal Mohd Hussein, seorang ahli dewan eksekutif UKEC memberitahu media Malaysia bahawa Dr Mahathir sangat  mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang mereka suarakan dalam mesyuarat itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri mahu mereka belajar dengan sungguh-sungguh dan pulang ke tanah air bersama pengetahuan dan nilai baik yang  yang berguna untuk pembinaan negara.

Perdana Menteri menyebut orang Jepun sebagai contoh, yang mengutamakan kerja keras dan nilai-nilai yang baik yang  mereka perlukan dalam membangunkan negara," kata pelajar tahun kedua Imperial College London dalam jurusan  kejuruteraan elektrik dan elektronik. - Bernama