Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, gambar Jalur Gemilang terbalik yang tular di media sosial itu adalah gambar lama.

"Itu gambar lama (Jalur Gemilang dinaikkan secara terbalik). Saya tidak ingat bila. Kejadian itu berlaku disebabkan kesilapan dan telah diperbetulkan segera ketika itu. 

"Gambar itu telah ditularkan semula hari ini di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, pihak polis sedang mengesan pihak yang menularkan semula gambar tersebut dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang. - K! ONLINE