Dalam kejadian pada pukul 9.15 malam itu, mangsa, Basir Malik, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Land Cruiser yang bergerak dari arah Santubong ke pusat bandar raya ini cuba untuk memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.

"Bagaimanapun, ia tiba-tiba merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Alexson menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE