Ia merupakan salah satu insiden keganasan penjara terburuk di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh beberapa dekad.

Pergaduhan dalam kalangan banduan tercetus pada petang semalam di Institusi Hukuman Lee di Bishopville, dekat sini.

“Insiden itu menyebabkan tujuh banduan terbunuh dan 17 banduan lain memerlukan rawatan perubatan,” kata Jabatan Hukuman Carolina Selatan di laman Twitter.

Penjara itu yang mempunyai hampir 1,600 banduan merupakan kemudahan keselamatan maksimum yang dibina pada tahun 1993. Ia menempatkan banduan pelaku kekerasan dan tahanan dengan masalah tingkah laku. - Reuters