Pegawai kecemasan tempatan, Jeffrey Rodriguez berkata, tujuh mayat sudah ditemui, manakala kesemua lapan orang yang menaiki pesawat ringan itu dipercayai terkorban dalam bencana tersebut di Bandar Calamba.

Rakaman di media sosial menunjukkan situasi kelam kabut ketika ambulans menuju ke sebuah bangunan yang dijilat api di lokasi kejadian dengan orang ramai menjerit meminta tolong.

“Tiada sesiapa mampu terselamat dalam nahas seperti ini. Kami menganggap semua penumpang pesawat telah mati,” kata Rodriguez. 

Dalam perkembangan berkaitan, polis berkata bahawa dua orang cedera dalam kemalangan itu dan dibawa ke hospital berdekatan.

Bagaimanapun, polis belum menerima sebarang laporan kematian daripada mereka yang berada di kawasan resort berkenaan semasa pesawat terhempas.

Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan Filipina berkata, enam penumpang dan dua juruterbang berada di dalam pesawat itu apabila ia hilang dari radar sekitar 46.3 kilometer dari Manila. - AFP