Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian itu, ketika kesemua mangsa sedang menunggu bas,  sebuah kereta Proton Satria berwarna merah dipercayai terbabas apabila cuba mengelak bas yang berhenti di perhentian bas berkenaan.

Pemandu kereta itu cuba mengelak bas berkenaan tetapi keretanya terbabas lalu melanggar kesemua mangsa.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya kepada Bernama.

Mohd. Zani berkata siasatan punca kejadian berkenaan sedang disiasat dan enggan mengulas lanjut. - Bernama