Shafinah Saad, 39, yang menghidapi penyakit jantung reumatik kronik perlu menjalani pemerhatian dan rawatan rapi disebabkan jangkitan kuman pada luka.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pesakit itu turut mengalami komplikasi 'Atrial Fibrillation' yang membuatkan keadaan beliau memerlukan pemerhatian lanjut daripada pegawai perubatan pakar IJN.

Pesawat  TUDM jenis CN235 yang melakukan pemindahan perubatan (Medevac) itu diketuai Mejar Mohd. Azhar Mohd. Yusoh dan dibantu Pembantu Juruterbang, Kapten Mohd. Hafiz Mohamad Abdullah serta tiga krew pesawat berlepas dari Kolej Tentera Udara Alor Setar ke Pangkalan Udara Subang dekat sini pada 9.40 pagi ini.

Turut mengiringi pesakit ialah suaminya, Pegawai Waran II, Mohamad Akhir Mansor serta pegawai perubatan dan jururawat dari Hospital Sultanah Bahiyah. -  Bernama