“Aset-aset Ayatollah Khomeini dan pejabatnya (pentadbiran) tidak akan terlepas daripada sekatan tersebut,” kata Trump semalam ketika membuat pengumuman berhubung langkah terbaharu itu ke atas pemimpin agung Iran dan pegawai-pegawai tertingginya.

Bagaimanapun, pengasas negara republik Islam dan pemimpin revolusinya, Ayatollah Ruhollah Khomeini meninggal dunia pada 1989 dan sejak itu, Iran dipimpin oleh Ayatollah Ali Khamenei.

“Trump tidak tahu bahawa Ayatollah Khomeini sudah meninggal dunia dan Ayatollah Khamenei merupakan pemimpin Iran,” kata koresponden diplomatik bagi akhbar harian Etemad, Sara Masoumi di Twitter.

“Adakah narsisistik itu mahu seorang lelaki yang sudah meninggal dunia untuk menghubunginya,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Pengguna Twitter itu merujuk kepada kenyataan Trump pada bulan lalu bahawa beliau mahu Iran menghubunginya.

Seorang lagi pengguna Twitter berpendapat, ada rancangan di White House untuk membuatkan Presiden AS itu kelihatan seperti orang gila. - AFP