Comey membuat kenyataan itu ketika sesi wawancara bersama stesen televisten ABC semalam. 

“Saya percaya bahawa beliau tidak layak dari segi mental atau mengalami tahap awal demensia,” kata Comey mengenai  Trump, menurut satu transkrip daripada ABC.

“Saya tidak merasakan beliau tidak layak dari segi perubatan untuk menjadi Presiden. Saya berpendapat beliau tidak layak dari segi moral untuk menjadi Presiden,” katanya.

Comey merasakan bahawa Trump tidak layak untuk menjadi Presiden AS kerana tidak menghormati dan mematuhi nilai-nilai teras serta bersikap jujur.

“Presiden ini tidak mampu melakukan perkara itu,” tambahnya.

Trump memecat Comey pada bulan Mei lalu bagi mengelak tercetusnya kebimbangan terhadap integriti siasatan berhubung dakwaan campur tangan Rusia ketika pilihan raya Presiden AS pada 2016. - AFP