“Pertemuan yang sangat dinantikan antara Jong-un dan saya akan berlangsung di Singapura pada 12 Jun. Kami akan cuba menjadikannya masa yang sangat istimewa untuk Keamanan Dunia!” kata Trump di Twitter.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan program pembangunan dan ujian senjata nuklear Korea Utara, yang telah sekian lama mencetuskan ketegangan antara Washington dan Pyongyang.

Pengumuman Trump itu dibuat beberapa jam selepas tiga orang rakyat AS yang ditahan di Korea Utara tiba di pangkalan tentera AS di luar Washington, setelah dibebaskan oleh Jong-un.

Trump berkata, pada saat ketiga-tiga tahanan itu tiba bahawa beliau percaya Jong-un mahu membawa Korea Utara ‘ke dunia sebenar’ dan mempunyai harapan besar terhadap mesyuarat yang telah dirancang, yang akan menjadi pertemuan pertama antara presiden AS yang berkhidmat dengan pemimpin Korea Utara.

“Saya fikir kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk melakukan sesuatu yang sangat bermakna. 

“Pencapaian saya yang paling membanggakan adalah apabila kita dapat menghentikan senjata nuklear di seluruh semenanjung, dan ini adalah sebahagian daripadanya,” kata Trump. - Reuters