Trump mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual dalam rancangan Fox & Friends pada pagi semalam.

“Saya membelikannya sekeping kad yang cantik. Saya terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membeli hadiah untuknya. Tetapi saya menghadiahkannya sekeping kad ucapan dan bunga yang cantik,” kata Trump.

Melania dilahirkan pada 26 April 1970 di Novo Mesto, Slovenia. 

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Barron Trump. - Agensi