Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang tadi, treler yang membawa muatan baja itu datang dari arah Jerantut menuju ke Kuala Lipis sebelum terbalik di lokasi kejadian.

Seorang saksi Mohd. Akmal Abdullah, 24, berkata, dia terpaksa menangguhkan perjalanan ke Kerambit, Lipis kerana laluan tersebut tidak boleh dilalui.

"Saya dari Kuala Krau, Temerloh ingin ke Kerambit tapi apabila tiba di tempat kejadian, saya nampak treler berkenaan terbalik di atas jalan raya sehingga menyebabkan muatannya juga berselerak .

"Treler itu menghalang lalu lintas dan sudah pasti mengambil masa beberapa jam untuk kerja-kerja mengalihnya," katanya kepada Kosmo!.

Sehubungan kejadian itu, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif lain sekiranya mempunyai urusan di Jerantut atau Kuala Lipis.

Difahamkan, lokasi berkenaan sering berlaku kemalangan terutama melibatkan kenderaan berat kerana kawasan berbukit yang tinggi. - K! ONLINE