Sebuah trak polis yang diiring dua buah motosikal serta sebuah kereta peronda dilihat meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu pada pukul 4.40 petang tadi.

Tinjauan Kosmo! mendapati trak polis itu dipenuhi puluhan kotak berwarna biru, namun tidak dapat dipastikan isinya.

Bagaimanapun, cubaan menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh Ishar Singh bagi mendapatkan pengesahan berhubung pemeriksaan tersebut gagal. - K! ONLINE