Jurucakap PLUS Malaysia Bhd. berkata, aliran trafik dari arah utara perlahan dari Taiping ke Jelapang, Gua Tempurung ke Tapah dan Bidor ke Sungkai berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

"Aliran trafik dari selatan menuju ke ibu negara juga perlahan iaitu dari ke Pedas Linggi ke Port Dickson dan Ayer Keroh ke Jasin," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan tetapi lancar di Plaza Tol Gombak menuju Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Plaza Tol Bentong menuju Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama