Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di utara dari Simpang  Pulai menuju ke Jelapang, Terowong Menora ke Sungai Perak, Bukit Tagar ke Lembah Beringin, Slim River ke Sungkai hingga kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ladang  Bikam, Bidor menuju ke Tapah sehingga Gopeng.

“Trafik di arah selatan setakat ini masih terkawal dan lancar kecuali di Tambak Johor dari Malaysia menuju ke Singapura,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berlaku kesesakan sebelum  terowong Genting Sempah menuju ke Lentang dan laluan keluar  Plaza Tol Terengganu ke Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di  www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama