Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan ke arah utara dari Slim River menuju Sungkai, Gua Tempurung ke Gopeng dan Terowong Menora menuju ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak.

“ Di arah selatan, trafik sesak di Nilai ke Bandar Ainsdale, Senawang menuju Hentian Senawang dan Sedenak ke Simpang Renggam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 bergerak lancar walaupun jumlah kenderaan terus meningkat. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama