PLUS Malaysia Berhad melalui akaun Twitter menyatakan, aliran trafik dilaporkan perlahan di semua lebuh raya utama.

Aliran trafik juga dilaporkan tinggi dari Tapah menuju ke Gua Tempurung, Perak.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.