Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, aliran trafik di bahagian utara terdapat beberapa kesesakan dari Permatang Pauh menuju ke hentian sebelah Juru Selatan setakat pukul 11.30 pagi hari ini. 

“Trafik juga bergerak perlahan dari Juru ke Plaza Tol Juru, Bukit Tambun menuju ke Alur Pongsu, Semanggul ke Taiping Utara, dari Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang ke Bukit Perapit, R&R Sungai Perak ke Terowong Menora.

“Kenderaan turut bergerak perlahan dari Ipoh Selatan hingga ke Simpang Pulai, Gopeng ke Tapah dan Sungkai menuju ke Slim River,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, keadaan trafik di bahagian Selatan turut bergerak perlahan dari Simpang Renggam ke Ayer Hitam dan Senai ke Kulai.

“Selain itu, trafik di bahagian Timur mula bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong menghala ke Ibu Kota.

“Keadaan trafik juga dijangka akan bergerak perlahan bermula pada tengah hari esok berikutan cuti peristiwa pada hari Isnin,” katanya. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. - K! ONLINE