Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik perlahan di Sungkai menuju ke Tapah, seterusnya ke Gopeng di Perak dan Rawang Selatan ke Sungai Buaya.

“Trafik juga dilaporkan perlahan dari Taiping Utara ke Bukit Merah di Perak. Selain itu, trafik dijangka  meningkat petang ini berikutan orang ramai mula pulang berhari raya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik mula perlahan dari  Plaza Tol Gombak ke perhentian Rehat dan Rawat Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Lentang dan Bentong ke Bentong Barat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama