Siaran ulangan Academy Awards berkenaan atau Oscar akan turut ditayangkan pada 16 Mac ini pukul 4 petang di saluran sama selain turut boleh ditonton melalui HBO On Demand dengan aplikasi Astro Go.

Academy Awards ke-90 yang dikendalikan oleh pengacara hebat Jimmy Kimmel berlangsung pada 5 Mac lalu. Filem fantasi, Shape Of Water yang diarahkan oleh Guillermo del Toro telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Beliau juga diangkat sebagai Pengarah Terbaik melalui hasil garapan filem sama. - K! ONLINE