Tunku Ismail turut berharap dengan pertemuan antara baginda dan Perdana Menteri itu, mereka boleh bekerjasama untuk masa depan negara yang lebih baik.

Baginda juga mendoakan kesejehteraan dan kesihatan yang baik selain mengucapkan selamat maju jaya kepada Mahathir.

“Assalamualaikum @chedetofficial. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor bagi ‘menghadap’ ayahanda DYMM Tuanku Sultan.

“Saya harap kita dapat bekerjasama untuk masa depan negara yang lebih baik. Selamat maju jaya dan semoga diberi kesihatan yang baik Tuan. Salam ikhlas, Ismail Ibrahim,” titah baginda menerusi laman Twitternya hari ini.

Dua hari lalu, Mahathir mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Ibrahim selama lebih sejam di Istana Bukit Serene selepas tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada pukul 3.30 petang.

Selepas pertemuan itu, Sultan Ibrahim berkenan menghantar Mahathir dengan menaiki kereta Proton Saga berwarna biru bernombor pendaftaran Proton 1 yang dipandu sendiri baginda ke LTAS. - K! ONLINE