Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi laman facebook rasminya kira-kira pukul 2 pagi hari ini.

Menerusi perkongsian itu, pewaris tahkta Kerajaan Johor itu kelihatan tersenyum gembira disisi Che Puan Khaleeda bersama putera kedua mereka.

"Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan," titah baginda.

Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014. 

Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017. - K! ONLINE