Beliau berkata, bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 sebulan.

"Kami di TM amat prihatin dengan keluhan pelanggan. Jadi, dengan langkah ini, kami harap pelanggan Streamyx yang telah pergi, datanglah balik kepada kami," katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Kembara Digital Malaysia (KDM) 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini hari ini.

KDM 2019 dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Menurut Rosli, TM telah berjaya menaik taraf 973,000 pelanggan Unifi kepada kelajuan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, TM akan menangani kekangan jalur lebar rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi yang bersesuaian termasuk fiber, wayarles dan GigaWire yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2021. - Bernama