Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, sebagai pemegang amanah rakyat, TLDM sentiasa berusaha memastikan semua aset diselenggara dengan baik supaya berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi sepanjang masa.

"Saya dan warga TLDM berasa amat marah dengan kenyataan tidak benar dan tidak berasas pihak tertentu itu kerana menggunakan pasukan ini sebagai alat permainan politik mereka.

"Memang benar, kita ada dua aset kapal berusia 50 tahun tetapi ia masih berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi malah mampu menjalankan rondaan di Laut Sulu bagi menjaga keselamatan perairan negara," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyempurnakan upacara pemakaian pangkat 16 pegawai TLDM, Tentera Darat Malaysia dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di sini. - Bernama