Tiong Lai dengan nada yakin berkata, Timbalan Presidennya kini iaitu Datuk Seri Wee Ka Siong layak untuk menggantikannya demi melakukan reformasi dan pembaharuan yang bersifat dinamik dalam MCA.

"Parti ini banyak belajar daripada kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu dan perlu memberi lebih banyak peluang dan ruang generasi muda untuk memimpin serta menarik kembali sokongan kaum Cina.

"Selain itu, kita perlu memperkemas dan menggunakan sosial media untuk memberikan pengaruh yang lebih berkesan.

"Saya harap, ahli-ahli MCA dapat memberikan sokongan penuh kepada pasukan Ka Siong," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MCA Perlis 2018 di Bangunan MCA Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berpendirian kerjasama UMNO dan Pas bersifat perlu selagi masih memegang prinsip keharmonian, kepelbagaian kaum, inklusif dan kesederhanaan. - K! ONLINE