Sultan Ibrahim bertitah demikian merujuk kepada kejadian tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di Kota Tinggi dekat sini Selasa lalu.

Menurut baginda, perkara itu akan memberi pelbagai kesan negatif kepada laut dan juga hidupan marin, selain turut menjejaskan pendapatan golongan nelayan.

“Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan rondaan bagi mencegah aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki kerana ia akan memberi pelbagai kesan negatif,” titah baginda di sini hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan serta hukuman berat terhadap mereka yang didapati melakukan perbuatan itu.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di Kota Tinggi, dekat sini tercemar daripada lebih 300 tan metrik sisa tumpahan minyak kapal dipercayai dibuang dari- pada kapal tangki yang melalui perairan itu sejak tiga hari lalu.

Pengarah Jabatan Laut Wilayah Johor, Dickson Dollah berkata, jumlah sisa tumpahan minyak di perairan terbabit telah dikenal pasti menerusi analisis dilakukan di lokasi pencemaran melibatkan keluasan empat batu nautika dari pesisir pantai Tanjung Balau. - K! ONLINE

Pencemaran di kawasan Jeti Batu Layar.
Pencemaran di kawasan Jeti Batu Layar.