Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan Pusat dengan itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Kelantan yang mahu isu tuntutan royalti itu dapat diselesaikan dengan baik demi kebaikan bersama.

"Bagi pihak Pusat kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan yang mengambil inisiatif menarik semula saman pada 28 Jun lalu dan ia telah selesai (di mahkamah).

"Ia membuka ruang kukuh semangat federalisme diantara Kelantan dan Pusat seperti mana yang dikehendaki Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang mahu melihat suasana kondusif dapat diwujdukan," katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu Mohamed Azmin bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mempengerusikan mesyuarat  Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim di sini, hari ini. - Bernama