Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam tadi beliau yang memakai jubah berwarna putih berlumuran darah akibat kecederaan serius di kepala dan di bahagian tepi serta belakang badan.

Beliau kini dikatakan sedang menerima rawatan di zon merah di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dan berada dalam keadaan stabil.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi belum dapat mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian. - K! ONLINE